Tidak dibenarkan menerbitkan semula sebarang karya di sini tanpa keizinan pemilik blog.
Thursday, December 29, 2016
PEMBAYANG DULU-DULU 83: DUIT KUTU BELUM BAYAR.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Harap-harap umur mu panjang,
Duit kutu tak bayar lagi.
Wednesday, December 21, 2016
PANTUN SAJA-SAJA 80: SAYA JUGA SERUPA ORANG.
Sayang tempua membuat sarang,
Di pohon langsat bercabang tiga;
Saya juga serupa orang,
Tidak teringat bila dah lupa.
Monday, December 12, 2016
PANTUN JENAKA # 6: TAK ADA TUDUNG.
Tiap dahan dihuni burung,
Bila dilambai terbang merata;
Tiap bulan membeli tudung,
Bila nak pakai manjang tak ada.
Friday, December 2, 2016
PANTUN SAJA-SAJA 79: WAHAI TEBING JANGANLAH RUNTUH.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor jatuh perigi;
Wahai tebing janganlah runtuh,
Tunggulah dulu musim mengundi.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)